Friday, March 25, 2016

OBESITI DAN CARA MENCEGAH OBESITI



OBESITI

Virus Segala Penyekit Kronik
Ibu merupakan insan yang penting di dalam keluarga. Setelah bergelar ibu, seseorang wanita itu akan memberikan sepenuh perhatian terhadap urusan rumah tangga. Peranan mereka cukup besar bukan sekedar menjadi tempat curahan kasih sayang, bahkan memastikan segala keperluan anak-anak dipenuhi. Dengan kesibukan yang telah dilalui, ada kalanya mendorong si ibu mengabaikan kesehatan diri sendiri.

Seorang wanita akan senantiasa mengalami perubahan hormon dalam badan mereka. Dua hormon yang penting bagi wanita ialah hormon estrogen dan progesteron. Fungsi horon estrogen mengekalkan sifat kewanitaan seorang wanita, kesehatan jantung, tulang, memori otak, kesuburan dan kesegaran kulit.
Fungsi hormon progesteron ialah mengekalkan ciri kewanitaan, kesuburan, ketenangan emosi, kesehatan tulang, antikanser dan menstabilkan air dalam badan. Perubahan hormon berlaku setiap kali saat haid, mengandung, selepas bersalin serta menopaus. Kaedah peracangan keluarga yang berasaskan hormon juga menebabkan hormon tidak stabil di dalam tubuh. Perubahan hormon ini menyebabkan seorang wanita sering mengalami masalah terjadinya kenaikan berat badan. 

OBESITI
OBESITI


OBESITI
Keadaan apabila berat melebihi  BMI 30 (Indeks Jisim Tubuh) Formula Perhitungan : BMI = berat (kg)/tinggi(m) x tinggi(m). Jika seorang ibu mempunyai BMI melebihi 30, risiko untuk mendapat penyakit kronik akan meningkat. Antara peyakit-penyakit kroniknya ialah serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, sakit lutut dan sendi, penyakit gout, kolesterol tinggi, kerusakan hati serta penyakit metabolik seperti kencing manis.

Apabila berat bertambah, lemak di dalam badan terkumpul bukan saja di bawah kulit namun di bagian luar organ se[erti jantung an usus yang dikenali sebagai lemak visceral. Lemak visceral menyebabkan risiko serangan jantung. Kolesterol yang tinggi di dalam darah bisa menyebabkansaluran darah  ke jantung dan otak tersumbat yang akhirnya menyebabkan serangan jantung dan angin ahmar. 

Lemak yang berlebihan juga menyebabkan kerusakan hati (fatty liver) di mana dipenuhi dengan lemak dan liver cirrhosis yaitu hati yang keras dan idak berfungsi. Hati merupakan organ kumuh bagi lemak. Apabila berat semakin bertambah, sendi-sendi utama seperti lutut tidak dapat menampung berat sehingga mengalami sakit lutut. Obesiti terjadi dari pola makan yang tidak seimbang gaya hidup yang tidak sehat menyebabkan hormon endokrin yang tidak stabil.

Dari makan-makanan berkarbohidrat tinggi, kadar gula meningkat secara mendadak. Organ pankreas akan mengeluarkan hormon insulin dengan banyak untuk mengontrol gula dalam darah. Hormon insulin berfungsi memindahkan gula yang beredar di dalam darah ke dalam sel. Namun demikian, jika kadar insulin tinggi, badan akan mengalami insulin resistance yaitu suatu keadaan di mana insulin tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menyimpan gula seterusnya meningkatkan kadar gula dalam darah dokenali sebagai diabetes atau penyakit kencing manis.

CARA MENCEGAH OBESITI
1.        Hilangkan makan berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji seperti nasi putih, roti, tepung dan mi. Pilih beras basmati, beras perang dan roti serat tinggi. Lebihkan protein seperti dada ayam, daging tanpa lemak dan ikan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan seperti epal, oren, jambu batu, limau bali dan beri. Pilih makanan yang mengandung indeks glisemik rendah.
2.       Kira-kira jumlah makanan di atas pinggang. Kira-kira nasi sebesar genggaman bagi setiap hidangan. Kira-kira protein sebesar telapak tangan bagi setiap hidangan. Selebihnya, penuhkan pinggang dengan sayur-syuran.
3.       Kurangi penggunaan minyak sewaktu memasak. Gunakan cara stim, bakar atau rebus sewaktu memasak.
4.       Ganti gula dengan stevia yaitu sejenis daun yang rasanya manis.
5.       Bersenamlah setiap hari, kurang lebih 10-30 menit.
6.       Berpuasa dua kali seminggu membantu mengenalkan berat badan dan merehatkan usus seketika.
7.       Istirahat yang cukup.Ibu yang bekerja perlu mendpatkan istirahat dan tidur secukupnya. Tidur yang terganggu juga akan menyebabkan ketidakstabilan hormon dan obesiti.
8.       Jika anda mengalami masalah obesiti, datanglah ke doktor bagi untuk mendapatkan perawatan. Perawatanda HCG jika digabungkan dengan makanan kalori rendah dapat menurunkan berat badan. Namun, perawatan ini memerlukan pantauan doktor. Perawatan HCG tidak hanya mengurangkan lemak visceral, malah dapat menstabilkan hormon dari kelenjar pituitari.
9.       Perawatan laser membantu mengeluarkan lemak dari sel lemak tanpa mematikan sel tersebut. Pemilihan perawatan laser yang benar sangat penting.

No comments:

Post a Comment